RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini, dengan dolar mengukuh ekoran jangkaan kenaikan kadar faedah Amerik Syarikat pada Mac.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan mencatatkan paras 4.0020/0050 berbanding dolar daripada  3.9950/9990 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata, dolar mula mengukuh, disokong oleh unjuran bahawa akan berlaku tiga kenaikan  kadar faedah tahun ini, selain penyusutan nilai euro apabila pelabur membuat keuntungan selepas rali baru-baru ini.

Beliau berkata ringgit berehat hari ini selepas mengukuh berbanding dolar US sejak kebelakangan ini, namun sentimen ke atas mata wang tempatan itu kekal positif susulan kenaikan harga minyak mentah, sentimen pelaburan yang lebih baik dalam pasaran tempatan selain unjuran kenaikan Kadar Semalaman oleh Bank Negara Malaysia tahun ini.

Sementara itu ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0038/0072 daripada 3.0008/0043 pada Isnin dan rendah berbanding yen kepada 3.5372/5402 daripada 3.5298/5342,

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7904/7948 daripada 4.7896/7952 semalam dan rendah berbanding pound British pada 5.4295/4340 daripada 5.4036/4106 sebelumnya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini, dengan pengukuhan dolar AS menyekat permintaan ke atas unit tempatan,kata peniaga. Pada 9.03 pagi, unit tempatan mencatatkan 4.2270/2330 berbanding dolar daripada 4an Parti Demokrat.