TC Euro Cars Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Bhd memperkenalkan model terkini, Clio Renault Sport 200 Cup pada harga RM199,000 (tanpa insurans).

Pengarah dan Ketua Operasi TC Euro Cars, Kuan Kim Luen berkata, Clio RS200 Cup itu hanya tersedia sebanyak 666 unit seluruh dunia dan buat permulaan TC Euro Cars hanya membawa masuk 10 unit sahaja.

“Oleh kerana ia adalah model pemasangan luar negara (CBU), untuk unit seterusnya kami hanya akan membawa masuk berdasarkan tempahan.

“Model itu ditawarkan dengan dua pilihan iaitu putih dan kelabu. Penghantaran pertama akan akan dibuat dalam tempoh dua bulan akan datang,” katanya.

Didatangkan dengan tiga tahun waranti, kenderaan itu masih berdasarkan versi sebelumnya tetapi kuasa dipertingkatkan kepada 203hp dan 20 peratus lebih kuasa kilas serta dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Di bawah bonetnya, Clio RS200 Cup dikuasakan enjin F4R RS 2.0 liter.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.