PROMOSI eksklusif enam percuma satu buat umat Islam yang berminat menyertai umrah musim sejuk pada tahun ini.

Pakej ini ditawarkan Raza Holidays Sdn Bhd kepada seorang pelanggan dengan pendaftaran maksimum tujuh peserta.

Menurut Pengarah Urusannya, Muhammad Ghazali Mat Rejab, syarikat yang beroperasi sejak 2014 tampil dengan pelbagai promosi menarik sempena umrah musim sejuk kali ini.

"Kami syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, dan Kementerian Haji Arab Saudi.

"Selain itu, kami juga telah menjadi ahli gabungan International Air Transport Association (IATA) dan Malaysian Association of Tours and Travel Agents (MATTA).

"Promosi enam percuma satu adalah pakej pertama kali di Malaysia. Ia adalah ‘trademark’ syarikat kami dan salah satu tarikan kepada pelanggan. Mereka yang berminat, boleh daftarkan tujuh nama dan bayaran hanya untuk enam orang sahaja,” katanya.

Pakej umrah selama 12 hari 10 malam itu menawarkan harga tetap kepada pelanggan tanpa kos tersembunyi dengan tiga tawaran pakej iaitu Gold berharga RM7,490, Platinum RM7,990 dan Titanium RM8,490.  

Tambahnya, selain promosi percuma, pelbagai keistimewaan lain turut ditawarkan menerusi pakej umrah musim sejuk.

"Kami pengendali umrah pertama yang menyusun jadual untuk pastikan jemaah dapat menunaikan dua kali solat Jumaat di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah serta mewajibkan mutawif menemani jemaah mengerjakan umrah sebanyak empat kali bagi mengelak jemaah sesat ketika berada di Masjidil Haram,” katanya.

Selain itu katanya,  jemaah akan menikmati hotel penginapan yang dekat dan selesa, lawatan ke Taif, kursus umrah serta pengangkutan pergi dan balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga disediakan.

"Memandangkan jadual disusun untuk jemaah menunaikan dua solat Jumaat, sebanyak enam penerbangan akan berlepas dari 28 November hingga 13 Disember depan,” jelasnya sambil  menyasarkan 1,000 jemaah menyertai pakej umrah musim sejuk kali ini.  

Bagi pakej umrah musim sejuk kali ini, Muhammad Ghazali berkata, ia juga akan disertai oleh duta yang baru dilantik syarikat, iaitu Dai Irfan.

"Pendakwah bebas itu atau nama sebenarnya Mohd Nourul Irfan Niamat dilantik sejak Julai lalu dan beliau akan turut serta bersama jemaah umrah musim sejuk kali ini," katanya.