AMWAY, pengeluar sistem rawatan udara Atmosphere untuk kediaman, kini memperkenalkan Atmosphere Drive, sebuah sistem rawatan udara yang direka untuk membekalkan udara selamat, bersih dan segar di dalam kenderaan.

Pengarah  Pembangunan dan Sokongan Produk Berdaya Tahan Amway, Bill Luke berkata, Atmosphere Drive merupakan sistem rawatan udara kereta pertama oleh syarikat tersebut.

“Sistem Atmosphere Drive guna pakai teknologi penurasan jenama Atmosphere terbukti mampu membekalkan udara selamat, bersih dan segar kepada pengguna di dalam kenderaan mereka.

Ketua Pemasaran Amway Malaysia, Leong Kok Fong berkata, pihaknya percaya Atmosphere Drive akan mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan 93 peratus daripada rakyat Malaysia memiliki kereta.

"Ia juga merupakan sistem rawatan udara di dalam kereta yang pertama dan satu-satunya di pasaran mendapat pengiktirafan British Allergy Foundation,” katanya.

Sistem Rawatan Udara Kereta Atmosphere Drive itu, boleh didapati melalui Pemilik Perniagaan Amway dan  boleh didapati di seluruh negara bermula 15 November ini dengan harga RM1,887.50 termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.