PENYEDIA aplikasi per­khidmatan atas per­min­­taan, Grab meran­cang pelan pembiayaan perniagaan dengan menya­sarkan pendapatan boleh meningkat sehingga dua kali ganda menjelang 2019.

Memetik laporan KOMPAS.com, ini adalah bukti Grab sebagai syarikat aplikasi perkhidmatan per­jalanan Asia Tenggara yang paling bernilai dan maju, dan akan meningkatkan per­saingan dengan pesaing, Go-Jek Indonesia.

Pendapatan dijangka meningkat AS$2 bilion tahun depan. Ini adalah selaras dengan proses pemerolehan Uber di rantau Asia Tenggara.

Di samping itu, Grab juga menyusun strategi per-niagaan dengan menembusi perkhidmatan pembayaran digital.

Grab juga merancang mengumpul pembiayaan sehingga AS$3 bilion tahun ini, termasuk AS$1 bilion dari Toyota Motor Group.

Berdasarkan laporan Bloomberg, Pengasas ber-sama Grab, Hooi Ling Tan berkata, pelbagai perkhid-matan ditawarkan Grab, seperti penghantaran, per­khidmatan kewangan untuk kesihatan.

Menurutnya, peluang mengembangkan perniaga­an dengan pangkalan tek­nologi di rantau Asia Teng­gara sangat besar kerana teknologi membentuk kehi­dupan rakyat kini.

"Oleh sebab itulah, kami akan meningkatkan operasi pemasaran di Indonesia," katanya.

Grab juga terus bergerak cepat terhadap Go-Jek, yang memulakan perniagaan pe­sanan perkhidmatan kende­raan ini pada 2015 sebelum mulai berkembang untuk membolehkan pengguna mem­buat pembayaran, me-mesan makanan, bahkan membeli tiket filem.

Ling Tan berkata, Grab akan meneruskan operasinya di Indonesia, di mana pen-dapatan telah meningkat tiga kali ganda pada tahun ini dan pemilikan saham sebanyak 65 peratus.

Perkhidmatan peng­hanta­ran makanan Grab-Food kini tersedia di 30 bandar raya, dan akan diper­luas ke lebih daripada 130 bandar, akhir tahun ini.

Modal yang mereka terima daripada pelabur seperti SoftBank Group dan Didi Chuxing dari China digunakan untuk mengem­bang­kan kandungan per­niagaan dan jangkauan geografinya.