WIPRO Unza (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan Pusat Seri iaitu pusat kajian dan inovasi bagi pembangunan Wipro Skin Research & Innovation Centre demi memastikan produk kecantikan yang dirumus dan dibangunkannya halal.

Ditubuhkan pada Jun 2013 dengan pelaburan awal sebanyak RM10 juta, Wipro Skin Research and Innovation Centre telah mencatatkan pelaburan RM30 juta sekali gus menjadikannya sebagai makmal penjagaan kulit halal terbesar dan termaju di dunia.

Pusat Seri dilengkapi pelbagai kemudahan canggih dan diuruskan lebih 100 penyelidik juga saintis dari pelbagai bidang, bertanggungjawab menghasilkan produk kecantikan mampu milik dan berkesan.

Sejarah Pusat Seri bermula dengan langkah mengkaji dan mendalami pengetahuan mengenai kulit pengguna di Asia dan kesan cuaca di rantau ini terhadap kulit pengguna Asia.

Jenama utama Winpro Unza, Safi berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam menghasilkan produk penjagaan kulit. Pusat Seri juga mempelopori teknologi industri penjagaan kulit di Malaysia dengan inovasi Nano Emas yang diformulasikan ke dalam rangkaian produk Anti-Penuaan Safi Rania Gold.

Dengan penyatuan enkapsulasi Nano, bahan-bahan bio aktif seperti sebatian pencerahan kulit menjadi lebih stabil dan berkesan untuk menembusi lapisan kulit yang lebih dalam pada kadar yang lebih cepat.

Pusat Seri akan membuka tirainya kepada khalayak umum dan memberikan peluang kepada mereka menjadi sebahagian daripada lawatan terhad, Seri Laboratory Tour and Skin Analysis pada September dan mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran awal di https://safi.com.my/seri/.