PROTON Holdings Bhd melalui unit milik penuhnya, Proton Marketing Sdn Bhd, menubuhkan anak syarikat baharu, dikenali sebagai Proton Motor Parsian Company (Ltd) (PMPC) di Iran pada 10 April 2018, menurut DRB-Hicom Bhd.

Proton Holdings merupakan anak syarikat 50.1 peratus milik DRB-Hicom.

90 peratus kepentingan PMPC dimiliki Proton Marketing.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, DRB-Hicom berkata, modal saham terbitan PMPC adalah satu juta riyal Iran dibahagikan kepada satu juta saham.

PMPC dijangka menjalankan perniagaan pemasangan kereta dengan komponen tempatan sepenuhnya (CKD) dan separa tempatan (SKD), pengeluaran, eksport dan import di samping aksesori dan alat ganti kereta.