KUALA LUMPUR - Dalam hanya dua bulan selepas pelancarannya, model Proton Prevé mencatatkan tempahan berjumlah 11,310 unit, menjadikannya kereta sedan 1.6 liter paling popular dalam pasaran.
   
"Dengan tempahan berjumlah lebih 10,000 unit setakat ini, dan dengan bilangannya yang semakin meningkat saban hari, Prevé segera melakar nama sebagai pilihan sedan kompak keutamaan pengguna," kata Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.
   
"Ini merupakan petanda yang amat positif bagi kami dan membuktikan selanjutnya bahawa Proton boleh mencipta dan mengeluarkan produk bertaraf dunia," katanya.
   
Sejumlah hampir 1,000 unit telah ditempah oleh pembeli yang tidak sabar-sabar untuk memilikinya seawal Mac, sebulan sebelum pelancarannya, manakala 4,893 unit lagi ditempah pada April, katanya.
   
"Ia adalah sebuah kenderaan yang dinanti-nantikan oleh pasaran dan terus mendapat sambutan yang baik, bukan sahaja kerana ia mampu dimiliki dan menawarkan kos pemilikan yang rendah, malah juga cemerlang dari segi gaya, prestasi, keselamatan dan kelengkapan," kata Mohd Khamil.
   
Prevé dilancarkan dengan rasminya pada 16 April dan ditawarkan dalam tiga varian.
   
Proton Prevé serba baharu itu boleh disaksikan dan diuji pandu di semua bilik pameran Proton di seluruh negara. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd (AAX) menerbangkan 5.84 juta penumpang dalam tahun kewangannya yang berakhir 31 Disember 2017, peningkatan 25 peratus daripada 4.69 juta dalam tahun kewangan 2016.
  • KUALA LUMPUR - Ringgit kekal dalam aliran harga meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (US) pada pembukaan pagi ini, susulan minat belian berkekalan ke atas unit tempatan itu, kata peniaga.
  • KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini susulan sentimen positif ke atas nota tempatan, didorong oleh lebihan dagangan yang kukuh selain unjuran kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia tahun ini.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbangan Asean terkemuka di Indonesia pada majlis Indonesia Travel Tourism Awards (ITTA) 2017/18.
  • KUALA LUMPUR - Usaha sama antara pembuat kereta tempatan, Proton, dan syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely), akan memanfaatkan vendor syarikat berkenaan yang ketika ini berjumlah lebih 230 syarikat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.