HAMPIR di setiap syarikat ada bahagian atau jabatan yang berkewajipan menguruskan atau mengendalikan tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsible (CSR). Umum mengetahui, di Malaysia juga tidak kurang terdapat pelbagai organisasi yang telah dan aktif melaksanakan CSR mereka untuk membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat, sama ada ketika berlaku bencana alam, membantu mereka yang kurang mampu, berkaitan persekitaran dan sebagainya.

Projek air Coway

Coway juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya. Sesuai dengan julukan ‘pakar air’ terutama dalam membekalkan air bersih, Coway menjadi syarikat penulen air pertama memulakan CSR berkaitan air jangka panjangnya menerusi projek dinamakan Happy Water Project.

Memandangkan masih ramai lagi rakyat Malaysia terutama di kampung-kampung terpencil atau kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan air bersih sedangkan ia sangat penting dan menjadi keperluan untuk semua, Coway telah memilih tanggungjawab sosial ini untuk meningkatkan kehidupan masyarakat kurang bernasib baik tersebut.

Dalam projek ini, Coway telah memilih perkampungan Orang Asli yang tidak mendapat sistem perpaipan secara terus, dan bekalan air semasa dari bukit tidak mencukupi untuk keperluan harian.

Sasaran Coway ialah untuk menyediakan kemudahan air bersih kepada 1,000 keluarga Orang Asli di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun.

Sebagai The Water Specialist ™, projek ini juga adalah bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat dengan memilih Coway untuk menikmati air yang lebih baik, di samping meningkatkan kesedaran berkaitan keperluan air bersih dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), lebih 327 penduduk daripada 73 keluarga Orang Asli yang tinggal di kawasan terpencil di Kampung Sungai Tiang, Cameron Highlands, Pahang (tanpa kemudahan air bersih yang mencukupi untuk aktiviti harian ekoran penggunaan air dari ladang berhampiran dan kekurangan paip terus ke kampung) telah mendapat manfaat daripada projek perintis ini.

Kepentingan air bersih

Sebagaimana pentingnya udara yang bersih untuk kita terus bernafas, begitu juga penting dan perlunya air bersih dalam kehidupan.

Bagi manusia, air masak untuk minuman adalah tidak mencukupi untuk badan yang sihat kerana logam-logam berat masih terkandung dalam air tersebut. Air yang ditapis boleh memastikan penyerapan air yang paling optimum tanpa zarah-zarah yang membahayakan.

Coway, The Specialist Water ™ adalah pilihan penulen air yang boleh dipercayai kerana jenama penulen air No. 1 di Korea dan Malaysia ini telah menjalani melebihi 1 juta ujian ke atas setiap modelnya di samping perkhidmatan tetap setiap 2 bulan untuk lebih enam juta kediaman.

Air bersih, hidup sihat!