KOLEJ Automotif TOC, perintis pendidikan automotif profesional, memperkenalkan Program Bina Bakat TOC dalam melahirkan lebih ramai bakat muda dan memperkasakan tenaga kerja berkualiti serta berdaya saing untuk industri tempatan.

Program itu tawarkan pelan perantisan dan pembiayaan pinjaman pendidikan bagi kursus didaftarkan.

Pelajar perlu bayar balik melalui program bulanan daripada gaji atau elaun ketika dalam perantisan atau penempatan pekerjaan tetap.

Pengasasnya, Adelaine Foo berkata, Kolej Automotif TOC komited mengatasi cabaran luar yang boleh mengurangkan peluang pembelajaran pendidikan tinggi kalangan generasi muda.

"Program ini akan mengambil masa dua setengah tahun bagi kelayakan diploma dan 18 bulan bagi sijil.

Pelajar akan belajar teori dan latihan praktikal industri secara bergilir oleh majikan terpilih, iaitu rakan industri TOC sepanjang semester.

"Pelajar berdaftar perlu hadir sesi temu duga dan menjalani ujian psikometrik sebelum dipilih menyertai program itu," katanya.

Permohonan Program Bina Bakat TOC dibuka untuk pengambilan pertama pada 3 Februari ini.