PRODUK terpilih di bawah jenama milikan Guardian kini memperoleh pengesahan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Guardian merupakan rantaian farmasi dan peruncit kecantikan serta kesihatan terkemuka Malaysia yang mempunyai lebih 420 premis jualan di seluruh negara.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Jenama Korporat Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Alfonso Roderos berkata produk jenama milikan Guardian mendapat sambutan yang baik.

“Pensijilan itu meningkatkan lagi jaminan kepada  keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan terhadap produk kami,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan, Farahani Failul Rahman berkata terdapat permintaan tinggi terhadap produk penjagaan peribadi halal.

“Pengguna masa kini memilih untuk membeli barangan yang mempunyai label beretika, tidak​​​​​​​ melibatkan kekejaman terhadap haiwan, oleh itu halal adalah meliputi semua prinsip dan nilai tersebut,” katanya.

Jenama itu kini dalam proses menghasilkan pembungkusan baharu yang memaparkan logo halal Jakim dengan jelas bagi semua produk yang menerima sijil berkenaan.

Antara produk jenama milikan Guardian yang disahkan halal oleh Jakim ialah gel mandian dan losyen bayi.

Layari www.halal.gov,my untuk mendapatkan senarai produk Guardian yang disahkan halal. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERAIKAN ulang tahunnya yang ke-50, Guardian Malaysia kini mengatur pelbagai strategi untuk terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran.
  • PENERAJU rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka, Guardian menawarkan sebuah rumah impian bernilai RM498,000 sebagai hadiah utama kepada pemenang bertuah bagi peraduan Guardian’s Win-a-House di D’Mayang Sari @ Nilai.
  • PENERAJU rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan, Guardian Malaysia bakal menambah 15 cawangan tahun hadapan termasuk di Sabah dan Sarawak.
  • PENERAJU rangkaian, farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka Guardian Malaysia (Guardian) melancarkan perkongsiannya bersama aplikasi LINE yang dikenali sebagai Akaun Rasmi LINE Guardian Malaysia adalah platform mendekati golongan muda Malaysia dan pelanggan setianya.