• Poto Travel lancar pakej Bonanza 3 Abd Rahman (kiri) bersama rakan niaga daripada syarikat penerbangan melakukan gimik pelancaran pada majlis berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
1 /

POTO Travel & Tour Sdn Bhd menyasarkan untuk mencapai lebih 80 peratus daripada 3,500 tempat duduk yang disediakan bagi Pakej Bonanza 3 yang baru dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Poto Travel Abd Rahman Mohd Ali berkata, pakej Bonanza 3 adalah pakej yang ketiga selepas Bonanza yang pertama dilancarkan pada 2011.

“Bonanza 3 merupakan pakej pilihan melancong ke serata dunia yang dibuka untuk tempahan bermula hari ini (semalam) hingga 31 Julai bagi  tempoh penerbangan September dan Oktober tahun ini.

“Kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada pakej Bonanza yang sebelum ini dengan telah menghantar kira-kira 3,000 pelanggan ke seluruh dunia,” katanya selepas pelancaran pakej Bonanza 3 di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pakej Bonanza 3 ini turut menawarkan destinasi baru seperti melancong ke bumi Balkan, Amerika Selatan dan meneroka dua negara Sarajevo dan Istanbul. 

Katanya, Poto Travel juga akan terus meningkatkan perkhidmatan seperti penginapan,  pengangkutan dan makanan untuk memastikan pelanggan mendapat keselesaan yang lebih baik.

Mengulas berhubung perkembangan syarikat, sehingga pertengahan tahun ini sahaja Poto Travel telah membawa 5, 000 pelanggan ke seluruh negara.

“Bagi memperluaskan capaian kepada pelanggan, kami bakal membuka tiga cawangan baru di Seremban, Kuantan dan Kuching pada September ini.

“Dan pada masa akan datang akan membuka beberapa lagi cawangan lain di Pantai Timur seperti di Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang,” katanya.

Bonanza 3 menawarkan pakej pelancongan serendah RM1,499 hingga RM11,000.