PLATINUM Oil & Gas (M) Sdn Bhd melantik pengedar utama baharu di Kelantan iaitu Sir Platinum Oil and Service yang diterajui oleh Pengarahnya, Mohd Kamal Ahmad Zukhi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Suhaimi Hashim berkata, pemilihan Sir Platinum Oil and Service sebagai pengedar utama adalah berdasarkan keyakinan dan kesungguhan ditunjukkan Kamal @ Nasir.

“Semangat dan komitmen yang ditunjukkan Kamal untuk berkongsi manfaat dan kelebihan minyak enjin Platinum Oil cukup membanggakan.

“Beliau juga mahu menyumbang serta menambah peluang ekonomi kepada seluruh penduduk khususnya di negeri Kelantan,” katanya.

Mengikut statistik, jumlah persendirian yang berdaftar di Kelantan telah mencech hampir 980,000 pada tahun lalu.

“Oleh kerana itu, kami menyasarkan penguasaan sebanyak lima peratus daripada jumlah tersebut,” katanya.

Jenama Platinum Oil ini juga merupakan 100 peratus milik bumiputera dan berjaya menembusi pasaran hingga 28 buah negara.

Pihaknya turut menyasarkan mencapai sasaran jualan sebanyak RM18 juta menjelang akhir tahun ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Platinum Oil & Gas (M) Sdn Bhd, Mohd Azizi Mastuki.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.