Hishamuddin (tiga, kiri) bergambar bersama pemenang peraduan
$entry.content.caption.value

Justin Wong, peserta dari Johor dinobatkan pemenang utama peraduan Chicken Ninja, sekali gus membawa pulang iPad 2 dan baucar makanan bernilai RM200.

Pengurus Besar Kedai Ayamas dan Rasamas, Hishamuddin Hamidon dalam satu kenyataan berkata, peraduan yang diadakan bermula 4 Oktober 2011 hingga 2 Januari 2012 itu, memerlukan peserta mengklik ‘Like’ di laman sesawang Facebook Ayamas Roaster sebagai penyertaan.

Katanya, syarikat berjaya mendekati pelanggan dengan cara lebih interaktif dan menyeronokkan melalui peraduan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia semakin mahir dalam teknologi maklumat (IT).

“Ia juga menjadi platform kepada Kedai Ayamas menunjukkan penghargaan kepada pelanggan setia dan menyokong kami selama ini,” katanya.

Menurutnya, sambutan baik daripada pelanggan setia Ayamas, sekali gus menjadikan bilangan peminat di halaman Facebook melonjak lebih 200 peratus.

“Permainan dalam talian Chicken Ninja ini memerlukan peserta ‘memotong’ ayam panggang mengikut turutan betul di mana ia melibatkan sembilan peringkat berbeza,” katanya.

Peraduan yang sama telah mengha­diahkan Samsung Galaxy Tab 10.1 dan baucar makanan bernilai RM150 dime­nangi Stanley Hong peserta dari Kuala Lumpur sebagai pemenang kedua.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.