PINDAAN Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007)(502) akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat, bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, akta yang akan di bawa masuk ke Parlimen adalah sesuatu yang menjurus kepada kepentingan kepada semua pihak secara lebih inklusif.

“Akta ini akan memberikan keyakinan kepada rakyat untuk menggunakan koperasi sebagai satu platform yang menggabungkan masyarakat dalam masa sama melakukan perniagaan yang mampu bersaing dengan syarikat besar," katanya.