KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM1.35 bilion kepada 16 agensi di bawah lapan kementerian bagi melaksanakan program pembangunan keusahawanan Bumiputera bagi tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan berkata peruntukan itu disalurkan dalam sektor atau bidang perolehan ekuiti, pembangunan hartanah, pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan latihan.

"Pecahan peruntukan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah Dana Ekuiti Berhad (Ekuinas) sebanyak RM700 juta, Program Keusahawanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) RM100 juta.

"Program Pembangunan Bumiputera dari pelbagai agensi sebanyak RM221.5 juta di mana RM17 juta adalah untuk Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Program Pembangunan Hartanah dan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang (Perda) RM82.5 juta," katanya di Dewan Rakyat di hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang bertanya tentang bilangan agensi dan jabatan kerajaan yang mengendalikan urusan pembangunan usahawan Bumiputera serta disenaraikan agensi dan jabatan terbabit berserta dengan peruntukan yang disediakan.

Jacob berkata peruntukan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM51.1 juta melalui agensinya iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Beliau berkata di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi Projek Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) diberi peruntukan RM150 juta.

Katanya, peruntukan RM5 juta untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PNS) bagi Program Pembangunan Francais.

"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula diperuntukkan RM42.2 juta di mana RM3 juta disedikan untuk Bahagian Pembangunan Keusahawanan Bumiputera (BPU), RM30 juta untuk SME Corp dan RM9.2 juta untuk Matrade.

"Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Program Klinic Biopreneur, Technology Park Malaysia Biotech sebanyak RM40,000," katanya.

Beliau berkata sebanyak RM1.1 juta bagi Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah disediakan bagi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah manakala Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak bagi Program Pembangunan Keusahawanan Sektor Terpilih sebanyak RM300,000.

Katanya pelbagai program pembangunan direncanakan bagi memastikan usahawan Bumiputera tidak tertinggal dan tersisih sekaligus meningkatkan prestasi perniagaan dan kualiti kehidupan.- Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.
  • KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB), dalam usaha meningkatkan pengurusan pendedahan asetnya kepada risiko bencana alam, akan bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang meteorologi, klimatologi dan geofizik.
  • KUALA LUMPUR - Dua syarikat kereta besar yang beroperasi secara global sedang berlumba-lumba untuk membida saham majoriti dalam Proton dengan kedua-duanya menawarkan banyak tawaran menarik untuk menawan hati pembuat kereta Malaysia itu.
  • KUALA LUMPUR - Jenama tenusu popular Dairy Champ, menganjurkan kempen inovasi ‘Dairy Champ, Mestilah’, yang merupakan kempen pertama seumpamanya di bawah segmen susu pekat dan susu isian sejat.
  • KUALA LUMPUR - Permintaan kargo udara global merekodkan pertumbuhan positif pada Julai tahun ini, dengan kilometer tan fret (FTK) meningkat lima peratus, kadar paling tinggi dalam tempoh hampir 18 bulan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.