PERUSAHAAN Otomobil Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan peningkatan jualan kenderaan sebanyak 2.6 peratus kepada 137,200, antara Januari sehingga Ogos tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Pengurusan Jualan Perodua Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, tahun lalu Perodua menjual 133,700 unit dalam tempoh lapan bulan pertama 2016.

“Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Perodua Axia menjadi model terlaris selepas dijual sebanyak 44,700 unit dengan 32.6 peratus jualan jenama Perodua.

“Manakala, model yang menyambut ulang tahun ke-12 iaitu Perodua Myvi berada di posisi kedua dengan jualan hampir 37,000 unit,” katanya pada majlis penyampaian hadiah peraduan Servis dan Menang Perodua, semalam.

Dalam perkembangan lain, Mohd Saipol Kamal, 33, diumumkan sebagai pemenang utama peraduan Servis dan Menang Perodua.

Beliau yang membawa pulang model Perodua Axia mengalahkan 37,600 peserta yang lain. 

Selain itu, 90 hadiah lain turut diberi kepada pemenang bertuah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JIKA Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan Myvi baharu, Proton Sdn Bhd juga turut tidak kalah untuk meluncurkan 'adik baharu'.
  • PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merekodkan jualan 99,700 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2017, dengan kenaikan 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
  • PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasar untuk mengekalkan prestasi volum eksportnya tahun ini dengan 4,696 unit berjaya dijual pada 2016.
  • PENGELUAR kereta nasional, Perodua melancarkan Bezza di Mauritius, menjadikan negara itu sebagai destinasi eksport kedua bagi model sedan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.