PERUSAHAAN Automobil Kedua (Perodua) merancang  mengeluarkan beberapa model baharu kenderaan jimat minyak (EEV) untuk terus kekal bersaing dalam segmen kereta kompak menerusi  rancangan lima tahun 2017-2021.

Pemangku Pengurus Besar Kanan Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Mohd Saifuzzaman Mohammad berkata perancangan juga bagi memenuhi permintaan ke atas kereta kompak jimat minyak dalam tempoh tersebut.

"Saya tidak boleh bagi tahu (model yang akan dikeluarkan) sekarang kerana ini strategi perniagaan, namun model-model baharu ini akan lebih berkualiti,  murah, lancar dan jimat minyak," katanya.

Beliau ditemui selepas membuat penyerahan rasmi lima unit mesin perkomputeran (CNC) terpakai pembuatan engin kereta kepada Universiti Malaysia Perlis (Unimap), yang diterima oleh Naib Canselornya, Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal di Kampus Uniciti, Sungai Chuchuh di sini, hari ini.

Mohd Saifuzzaman berkata pemilihan model Bezza yang meneirma penarafan lima bintang ASEAN NCAP baru-baru ini dan model Axia yang mendapat sambutan hangat pembeli, akan dipertingkatkan.

Mengenai CNC yang disumbangkan itu, beliau berkata dalam jangka masa panjang fungsi asas mesin tersebut dalam industri automotif,   relevan untuk satu jangka masa yang agak panjang. 

"Kami telah memiliki beberapa mesin baharu bagi mengeluarkan model baharu, namun mesin ini sangat berguna untuk tujuan pendidikan kerana pelajar dapat meyesuaikan diri dengan bidang yang diceburi kelak," katanya.

Menurut Mohd Saifuzzaman harga mesin baharu  antara RM800,000 dan  RM1.3 juta seunit dan tapi bagi harga terpakai termasuk kos penghantaran, hanya RM330,000.

Sementara itu Zul Azhar berkata hubungan strategik UniMAP-Perodua sejak lima tahun lepas telah meningkatkan nilai kebolehpasaran graduannya selain mereka dapat menjalani latihan praktikum dalam suasana sebenar industri automotif.

"Cara ini akan melahirkan graduan yang holistik, relevan dan kompeten kerana keupayaan mereka menerap nilai-nilai yang diperlukan oleh industri menerusi latihan amali," katanya" katanya.

Zul Azhar mencadangkan syarikat automotif menjalin kerjasama lebih erat dengan UniMAP bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERUSAHAAN Otomobil Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan peningkatan jualan kenderaan sebanyak 2.6 peratus kepada 137,200, antara Januari sehingga Ogos tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.
  • PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merekodkan jualan 99,700 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2017, dengan kenaikan 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
  • PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasar untuk mengekalkan prestasi volum eksportnya tahun ini dengan 4,696 unit berjaya dijual pada 2016.
  • PENGELUAR kereta nasional, Perodua melancarkan Bezza di Mauritius, menjadikan negara itu sebagai destinasi eksport kedua bagi model sedan.
  • SARAWAK dan Sabah menyumbang 7,300 unit atau enam peratus kepada jumlah jualan kenderaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) pada suku pertama tahun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.