BANK pusat di Singapura mengetatkan dasar monetari buat kali pertama Jumaat lalu, dalam tempoh enam tahun. Ia dibuat setelah  melihat kepada keadaan ekonomi negara-bandar perlu berada pada landasan pengembangan yang teguh tahun ini. Keputusan ini diketahui mengundang risiko dari kemungkinan peningkatan ketegangan perdagangan A.S.-China.

Memetik laporan CNBC, Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) berkata, pihaknya meningkatkan sedikit peningkatan dasar kumpulan dolar Singapura dari sifar, sambil mengekalkan lebar dan pertengahan jalur band itu tidak berubah.

“Data awal menunjukkan ekonomi Singapura meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada suku pertama dari suku sebelumnya pada asas tahunan, berikutan pertumbuhan berterusan sektor perkilangan.

“Ekonomi pula meningkat 1.4 peratus dalam tempoh Januari-Mac berdasarkan asas tahunan dan disesuaikan mengikut musim,” merujuk  kenyataaan  yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Jumaat lalu.

Produk domestik kasar dijangka meningkat 1.0 peratus dalam tempoh tahunan Januari-Mac dari tiga bulan sebelumnya, menurut ramalan median daripada tinjauan ekonomi Reuters.

Pada suku keempat, KDNK meningkat 2.1 peratus berdasarkan asas tahunan dari suku sebelumnya. Pertumbuhan penuh 2017 ialah 3.6 peratus, terbesar sejak 2014.

KDNK  suku pertama  naik 4.3 peratus dari tahun sebelumnya. Pada suku keempat, ekonomi Singapura meningkat 3.6 peratus.