RIGHT Ledger Asia Ltd (RL) dan Trio OTT Sdn Bhd (Trio), menan­datangani memoran­dum perjanjian untuk meningkatkan kerjasama pemindahan teknologi dan penge­daran kandungan digital secara global.

Perjanjian itu membenar­kan Trio untuk mengadaptasi teknologi blockchain terkini RL pada perkhid­matan profe­sional teknologi pen­stri­man video iaitu Rangkaian Pe­nyam­paian Kandungan (CDN) untuk kandungan digital mereka.

Melalui perjanjian itu, Trio juga akan dianugerahkan oleh RL sebagai wakil luar negara untuk menge­dar­kan dan mempromosikan kan­dungan digital mereka secara global.

RL adalah platform seja­gat untuk pencipta kan­dungan digital amatur dan profe­sional untuk mengesah­kan, mengu­rus dan menge­wang­kan kandungan, meng­gu­na­kan teknologi block­­chain.

Platform pasaran kandu­ngan dan RL termasuk pen­daf­taran pendaftaran, pele­senan, pemilikan dan pen­jejakan transaksi dan apli­kasi cap jari digital, serta portal pembayaran.

Syarikat itu diperba­dankan pada 2016 dan beribu pejabat di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS).

Right Ledger Asia Ltd (Labuan) adalah anak syarikat Rights Ledger Inc (AS), yang akan menjadi hab operasi bagi pasaran luar negara di luar AS.

Mereka akan menggu­nakan teknologi dan mem­ban­tu platform sosial utama seperti Youtube, Instagram dan Facebook untuk menge­sahkan hak kandungan digital mereka.

Right Ledger Asia Ltd akan membantu Tencent mengesahkan dan menge­wang­kan kandungan digital mereka dalam platform media sosial mereka, Wechat.

Rights Ledger Asia Ltd adalah pusat pemasaran global bagi mem­pro­mosikan dan meng­adopsi Hak Token (RTK), token ICO yang dikeluarkan Rights Ledger Inc (AS).