SHAH ALAM -Syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia, AirAsia memperkenalkan penerbangan pertama Kuala Lumpur ke Surat Thani, Thailand dengan 180 penumpang, sekali gus menjadi lokasi penerbangan keenam di Thailand.
Penerbangan AK 1808 yang dibuka tempahan sejak Disember tahu lalu, dijadualkan membuat penerbangan tiga kali seminggu pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.
Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan dalam satu kenyataan berkata, sempena penerbangan sulung ke Surat Thani, AirAsia menawarkan harga serendah RM99 sehala bagi tempoh tempahan bermula 6 hingga 7 Februari untuk penerbangan pada 14 Februari sehingga 30 April 2012.
“AirAsia akan meneruskan komitmen menghubungkan pelanggan dengan pulau-pulau terkemuka dunia terutama di Thailand, seperti Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao yang terkenal sebagai pantai bersih, lautan jernih, dan hidupan laut yang cantik.
“Destinasi baru ini adalah sebagai tambahan rangkaian laluan sedia ada bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan,” katanya.
Penerbangan pertama telah berlepas pada jam 11.20 pagi tadi dan dijangka tiba 11.40 pagi waktu Thailand.
Penerbangan pertama AirAsia ke Surat Thani bermula hari ini
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





