SEORANG pembeli bertuah memenangi sebuah Perodua Bezza bernilai RM50,00 apabila membeli rumh banglo dua tingkat Breeze di Darulaman Lakehome, Bandar Darulaman.

Hadiah disampaikan Ketua Bahagian Hartanah BDB Land, Iskandar Dzulkarnain sempena kempen Badaboom ‘Beli Rumah Idaman dan Bawa Pulang Kereta Baru’ anjuran subsidiari Bina Darulaman Berhad, BDB Land Sdn Bhd.

Pemenang, Rafiah Yusof berjaya menawan hati juri menerusi slogannya 'Saya mahu membalas budi ayah saya yang telah berkorban untuk membesarkan saya sehingga berjaya pada hari ini'.

“Saya tidak jangka menang. Slogan ini  inspirasi dari bu bapa saya. Alhamdulillah, hadiah ini buat mereka,” katanya.

Menurut Iskandar, sambutan hangat terhadap kempen itu bukti  keyakinan pembeli rumah terhadap komitmen syarikat membina kediaman serta kehidupan lebih bermutu untuk penduduk Kedah.

Kempen Badaboom menawarkan tiga Perodua menerusi tiga cabutan berasingan sepanjang 2018.

Cabutan seterusnya  pada 13 Oktober depan. Pemenang bakal memenangi sebuah Perodua MyVi bernilai RM55, 000 untuk pembelian yang dibuat antara 1 Januari 2018 dan 30 September.

“Syarat penyertaam,  perlu beli sebuah unit di perbandaran BDB Land, membayar yuran tempahan, lengkapkan slogan dan pastikan tempahan menjadi pembelian sebenar dalam masa dua bulan selepas tarikh tempahan,” katanya.