TERDAPAT peluang besar untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan antara Georgia dengan Malaysia, paling berpotensi adalah dalam sektor pertanian, tenaga dan pelancongan, kata Duta Besar Georgia ke Malaysia, Nikoloz Apkhazava.

Pengalaman dan kejayaan Malaysia khususnya, di sektor perhotelan dan pembangunan resort, membantu Georgia untuk membangunkan industri pelancongan, terutama pembinaan resort dan hotel bagi menampung peningkatan permintaan pelancong.

Beliau berkata, selain itu infrastruktur yang terdapat di negaranya juga akan menarik pelaburan dari syarikat Malaysia.

Pada tahun lepas jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bernilai AS$10.6 juta, ia dijangka meningkat dalam tempoh dua hingga tiga tahun, kata Apkhazava kepada Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini. -Bernama