$entry.content.caption.value
Panadol adalah sejenis produk farmasi parasetamol yang didagangkan di bawah GlaxoSmithKline. Panadol adalah ubat yang digunakan khususnya untuk melegakan demam dan penahan sakit.
Parasetamol didagangkan di lebih 85 buah negara dan dipasarkan menggunakan pelbagai jenama antaranya, Panadol bagi pasaran Afrika Selatan; Dolex bagi pasaran Colombia; dan Crocin bagi pasaran India.
Dalam tahun 1955, Panadol diperkenalkan kepada hospital di United Kingdom (UK). Ia dipasarkan buat kali pertama oleh Phillips, Scott dan Turner iaitu pengedar sah dari Frederick Stearns & Co iaitu anak syarikat Sterling Drug Inc.
Panadol diperkenalkan sebagai produk yang ‘lembut untuk perut’ memandangkan ketika itu terdapat beberapa produk yang mengandungi aspirin terkenal sebagai produk yang boleh merengsakan perut.
Panadol awalnya adalah produk kawalan di UK, tetapi kini ia mudah didapati di kedai runcit, pasar raya dan farmasi.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Panadol





