SETIAP bakal pengantin mengidamkan satu majlis perkahwinan meriah dan lancar kerana ia adalah hari bersejarah  mereka dan perlu dilakukan secara teliti kerana kesilapan yang kecil mampu merosakkan kelangsungan majlis tersebut.

Seiring dengan peredaran zaman, segala persediaan majlis perkahwinan tidak lagi dilakukan secara bergotong-royong bersama jiran tetangga dan ahli keluarga, kebanyakan bakal pengantin memilih untuk diuruskan perunding perkahwinan yang menyediakan pakej lengkap dengan menawarkan harga berpatutan.

Bagi perancang perkahwinan dan juga Pengasas Butik Kecantikan dan Pengantin Ratu Ayu (Ratu Ayu), Azauyah Mohd Ridzuan atau Azza berkata, kekangan masa dan kesukaran mencari lokasi bersesuaian serta terhad menyebabkan kebanyakan pengantin lebih suka memilih perunding perkahwinan untuk menguruskannya.  

"Perkara paling kritikal untuk ditempah adalah dewan untuk diadakan majlis persandingan yang mementingkan keselesaan tetamu. Persiapan awal penting dilakukan bagi mengelakkan masalah tidak diingini yang kerap berlaku, antaranya tidak mendapat lokasi yang strategik dan khidmat katering yang diperlukan. 

"Ratu Ayu menyedari permasalahan tersebut dan mengambil inisiatif memperkenalkan beberapa pakej menarik untuk memberikan kesenangan kepada bakal pengantin," katanya.

 

Azza berkata, bakal pengantin yang masih mencari pakej perkahwinan lengkap, mampu milik dan berbaloi untuk hari bersejarah mereka, bolehlah berkunjung ke butiknya yang terletak di Jalan Tepi Sungai Bertek, Klang, Selangor kerana harga pakej yang ditawarkan serendah RM6,900.

"Ratu Ayu menawarkan pakej perkahwinan menarik kepada bakal pengantin iaitu Pakej Budget Lengkap (RM6,900) yang menyediakan kepada 500 tetamu, Pakej Ekonomi Lengkap (RM12,900) untuk 1,000 tetamu dan Pakej Berbaloi Lengkap (RM13,500) bagi 1,000 tetamu. Menariknya, setiap pakej ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan memberikan kesenangan kepada pengantin.

"Setiap pakej ini menyediakan makanan, menu makanan beradab, andaman, kanopi, pelamin, deejay dan karaoke serta kompang. Ratu Ayu menghimpunkan kepakaran dalam persediaan majlis perkahwinan yang diinginkan bakal pengantin. Kami menerima tempahan sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban," katanya yang terlibat lebih 10 tahun dalam bidang andaman.

Katanya, Ratu Ayu adalah 'one stop centre' kerana dinaungi oleh beberapa rakan Azza iaitu pakar pelamin, Zylynn Gallery & Consultant,(Maslina Saadan), katering yang disediakan Marina Indah Enterprise, (Marina Mughni) dan kanopi oleh Misah Canopy Resources, (Ahmad Azrul Mohd Akhir).

"Mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta terkenal di Lembah Klang. Melalui gabungan ini, kami menyediakan perkhidmatan perunding perkahwinan dari 'A to Z' dan bakal pengantin hanya perlu memilih pakej yang mereka perlukan mengikut kemampuan," katanya.

Azza berkata, sebagai menghargai bakal pengantin yang berminat untuk mengambil pakej kami, Ratu Ayu juga menyediakan tawaran istimewa iaitu mereka yang membuat tempahan awal dengan membayar deposit serendah RM500 akan diberikan percuma pakej fotografi dan pakej rawatan kecantikan pengantin. Tawaran ini dibuka dari bulan April sehingga Julai nanti.    

Kongsi rezeki sambil beramal

Azza berkata, bakal pengantin boleh memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet mereka. 

"Kami sedar dan prihatin, dalam keadaan kos sara hidup semakin bertambah, bajet perkahwinan juga perlu diteliti sebaiknya.

"Pakej ini adalah satu amal jariah kami untuk membantu bakal pengantin yang mempunyai bajet terhad. Kami berkongsi rezeki sambil beramal kerana sekurang-kurangnya 10 peratus bayaran pakej yang diambil, kami akan salurkan kepada mereka yang kurang berkemampuan," ujarnya.

Katanya, Ratu Ayu akan sedaya upaya merealisasikan impian bakal pengantin pada hari bersejarah mereka sebagai momen terindah untuk dikenangkan. 

"Kami merancang menyediakan pakej eksklusif iaitu Banglo Wedding yang mana berharga antara RM16,000 sehingga RM25,000," katanya.

Menurutnya, selain berkunjung ke butik Ratu Ayu, bakal pengantin juga boleh menempah pakej ditawarkan secara online dan menghubungi 018-2192113. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat pakej ditawarkan di Facebook Butik Ratu Ayu dan Instagram azza_ratuayu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SYARIKAT pelancongan Abir Concept Holidays Sdn Bhd menawarkan pakej istimewa kepada warga emas yang ingin menikmati musim tulip di Turki serendah RM4,890.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.