RANGKAIAN syarikat peruncit dan pemborong, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), bakal membuka dua lagi cawangan baharu pada separuh kedua tahun ini, bagi mengembangkan perniagaannya.

Dalam satu kenyataan, Mydin berkata, cawangan baharu itu adalah di Masjid India, Kuala Lumpur dan Vista Tunku, Kuching, Sarawak, masing-masing dijangka dibuka pada Ogos dan September ini.

"Sehingga kini, Mydin mempunyai 323 cawangan di seluruh Malaysia, selepas pembukaan Mydin CityOne, Kuching, Sarawak pada 30 Mac lalu dan Mydin Mart Padang Jawa, Shah Alam, Selangor pada 21 April lalu.

"Secara holistiknya, jumlah pelaburan untuk pembukaan empat cawangan Mydin pada tahun ini adalah RM500 juta," katanya.

Mydin mempunyai 11 konsep perniagaan melibatkan pasar raya besar, pusat beli-belah, emporium, bazar, fancais Mydin Mart, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), pasar mini MyMydin, kedai serbaneka MyMart, pasar raya premium SAM's Groceria, restoran premium SAM'S Deli dan gudang 1Central Distribution Centre.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.