MALAYSIAN Resources Corporation Bhd (MRCB), mengumumkan peralihan kepimpinan sekali gus penyusunan semula barisan lembaga pengarahnya yang mana bertepatan dengan pelan transformasi korporat MRCB.

Pengarah Eksekutif, Mohd Imran Salim akan menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan MRCB berkuat kuasa 2 Julai ini bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang bersara pada Januari lalu.

MRCB dalam kenyataannya memberitahu, Mohamad Salim melalui syarikat kenderaan persendirian miliknya, Gapura Sdn Bhd yang memperoleh 16.6 peratus pegangan saham dalam MRCB, bukan sahaja melabur sumber peribadinya kepada MRCB untuk menjadi pemegang saham kedua terbesar, tetapi sangat menggalakkan kepimpinan keusahawanan dan budaya kerja untuk memulihkan MRCB dengan melaksanakan strategi yang direka bagi memfokuskan perniagaan kembali semula kepada teras kejuruteraan skillset seterusnya bagi memastikan kemapanan jangka panjang.

MRCB berkata, dalam tempoh ini, MRCB telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam rekod tanah dan pesanan melibatkan pembinaan, manakala nisbah gearing syarikat telah menurun dengan ketara dari 1.73 kali pada tahun 2013 kepada 0.53 kali pada 2017.

Justeru, sebagai sebahagian daripada usaha penyusunan semula ini, MRCB berusaha mematuhi amalan 4.1 Kod Malaysia mengenai Urus Tadbir Korporat, yang berkuat kuasa 2 Julai ini di mana barisan lembaga pengarah syarikat terdiri daripada pengarah bebas.

Dalam rangka mencapai majoriti barisan pengarah bebas, Pengerusi MRCB, Tan Sri Azlan Zainol akan diletakkan semula sebagai pengerusi bebas manakala tiga wakil bebas sedia ada iaitu Imran Salim, Datuk Shahril Ridza dan Rohaya Mohamad Yusof kekal sebagai pengarah bukan bebas.