KUALA LUMPUR- Volkswagen Group Malaysia melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Sharan, selepas muncul sebagai kenderaan pilihan keluarga di dunia apabila 600,000 unit model dijual.
MPV premium Sharan adalah generasi baru Sharan sejak diperkenalkan dua tahun lalu di Geneva Motor Show 2010. MPV Sharan mempunyai tujuh tempat duduk dan dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia kelmarin, dengan harga RM245,888 untuk variasi biasa dan RM269,888 bersama pakej teknikal.
Pengarah Urusannya, Ricky Tay berkata, Sharan ialah MPV yang amat unik kerana menggabungkan semua inovasi dari Volkswagen dan menambah baik reka bentuk dengan ciri tambahan yang diperhebat berserta peralatan keselamatan dan teknologi enjin TSI and kotak gear DSG.
“Model ini adalah kenderaan MPV pertama Volkswagen di Malaysia, justeru dengan pelancaran MPV Sharon ini kami berhasrat menguasai 10 peratus pasaran kenderaan MPV di Malaysia dalam tempoh jangka panjang,” katanya selepas majlis pelancaran rasmi di Kuala Lumpur.
MPV Sharon inovasi terkini Volkswagen
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





