LENOVO Mobile Business Group dan Motorola Mobility Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Lazada Malaysia dengan melancarkan e-kedai rasmi Motorola’s di laman Lazada, baru-baru ini.

Pengurus Perniagaan Mudah Alih Kumpulan Lenovo dan Motorola Malaysia, Lydia Foo berkata, pengenalan ini seiring trend pembangunan dan perkembangan pembeli yang lebih memilih  kedai jualan atas talian (online) untuk membuat pembelian bagi produk dan perkhidmatan. 

"Kami percaya bahawa kerjasama dengan peneraju platform e-dagang negara ini adalah tepat pada masanya.

"Pelancaran itu akan memberi kemudahan dan akses kepada pelanggan untuk mendapatkan pengalaman mobiliti kepada produk-produk kami," katanya.

Sempena pelancaran itu, kedai rasmi Motorola's di Lazada menawarkan harga istimewa RM999 bagi Moto G 5 Plus sehingga 31 Ogos 2015.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PLATFORM e-dagang terkemuka, Lazada Malaysia yakin perniagaan e-dagang kekal kukuh dalam pasaran berbanding tahun sebelumnya, didorong pembangunan negara ke arah revolusi perindustrian.
  • LAZADA Malaysia (Lazada) jangka peningkatan pembelian sebanyak 10 kali ganda sepanjang acara membeli-belah terbesar, Online Revolution 2017 dengan jumlah pengunjung laman web lima kali ganda sepanjang kempen tersebut.
  • PENERAJU platform e-dagang Lazada Malaysia, menyasarkan 50,000 peniaga atas talian (online) di laman webnya pada 2018 berbanding hanya 19,000 penyertaan setakat ini.
  • LAZADA, platform pasaran dalam talian merancang menjadi pemangkin pertumbuhan e-dagang, dengan memperkasakan usahawan dan perniagaan untuk bekerjasama sebagai rakan perniagaan ekosistem itu, sempena sambutan lima tahun Lazada, tahun ini.