PUTRAJAYA Leisures & Services Group Sdn Bhd (Pulse Group) memeterai perjanjian pengambilalihan ekuiti dalam anak syarikatnya, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT) oleh Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd (Konsortium Bas Ekspres).

Konsortium Bas Ekspres, merupakan anak syarikat milik penuh Gets Global Berhad.

Pemeteraian perjanjian itu membolehkan Gets Global melalui anak syarikatnya Konsortium Bas Ekspres memiliki 79.99 peratus ekuiti di dalam PAPTT, susulan memorandum persefahaman kedua-dua pihak pada 12 Oktober lalu.

Pengerusi Pulse Group, Datuk Seri Hasim Ismail berkata, perjanjian itu bagi menambah baik kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya, dengan sistem pengangkutan bas awam elektrik.

"Langkah ini juga selari usaha merealisasikan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan berstatus Green City dan salah satu perintis perbandaran hijau," katanya.

Sebelum ini, Gets Global mengumumkan untuk melaksana sistem pengangkutan awam bas elektrik sepenuhnya di Putrajaya menjelang 2025, dengan lima buah bas awam beroperasi mulai suku kedua 2018.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SYARIKAT Heinz diasaskan Henry J Heinz, pada 1869. Heinz dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) pada 11 Oktober 1844 dan berhijrah di Jerman.
  • SYARIKAT Bumiputera, Secretleaf International Sdn Bhd dengan menggunakan jenama Secretleaf yang merupakan pengeluar produk natural dengan mematuhi formulasi natural Kesatuan Eropah menyasarkan jualan kesemua rangkaian produkn meningkat 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu.
  • AKTIVITI pemasaran adalah elemen paling penting dalam perniagaan terutama kepada perniagaan atau usahawan baharu yang bertujuan untuk memperkenalkan jenama kepada orang ramai.
  • MEDIPRO Venture Sdn Bhd, syarikat pemborong bebola coklat halal nombor satu di Malaysia, membuka peluang bagi mereka yang berminat terutama suri rumah untuk menjana pendapatan dengan menjadi usahawan syarikatnya bagi produk Choklad.