Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)
Malaysia dijangka meningkatkan usaha mencari peluang perdagangan baru di Australia berikutan penandatanganan perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Dr Wong Lai Sum yang mengadakan pertemuan dengan peneraju perniagaan dan korporat di Melbourne berkata, beberapa industri di Australia menawarkan syarikat Malaysia peluang untuk meluaskan pasaran.
“Sektor bangunan dan pembinaan di Australia adalah pasaran lumayan dan memerlukan banyak produk yang kami boleh bekalkan, terutama ke bandar-bandar perlombongan yang kaya di negeri Australia Barat, Queensland dan Australia Selatan. “Penandatanganan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia Australia (Mafta) akan memudahkan syarikat kami meneroka ke dalam pasaranAustralia,” katanya. Lai Sum yang ditemani Pengarah Matrade, Ong Yew hee berkata, aliran bersilang pelaburan akan membuka pintu kepada liberalisasi antara kedua-dua negara.
Menurutnya, Mafta akan menyaksikan lebih banyak kepentingan Australia di Malaysia dalam bidang perbankan dan kewangan, undangundang, khidmat perundinganperniagaan, dan insurans. Mafta menjamin kemasukan bebas tarif agi 97.6 peratus daripada eksport barangan semasa. Ini akan meningkat kepada 99 peratus menjelang 2017. Ekspo tiga hari itu disertai lebih 250 pembekal utama mempamerkan pelbagai bahan binaan. -Bernama
- Rumah mampu milik dilancar
- Matta Fair Pulau Pinang sasar 90,000 pengunjung
- Yes lancar Chromebook 4G Samsung pertama dunia di Malaysia
- Petronas Chemicals peruntukan RM3 bilion bagi CAPEX 2013
- BMW Malaysia intai peningkatan jualan 10 peratus
- UTM hasil yogurt dari santan
- Jeruk Pak Ali bakal ke pasaran Mekah
- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4 hingga 4.5 peratus
- Bank Islam sasar 300,000 pendaftaran ahli kad debit-i
- Perdana Petroleum positif terhadap unjuran 2013




