MASwings bakal melebarkan sayap ke destinasi antarabangsa ketiga, Tarakan selepas penerbangan sulung ke Brunei dan Pontianak bermula 13 Februari ini.
Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (Cawangan Sabah), Roselan Johar Mohamed berkata, BUPATI atau majlis kerajaan tempatan Nunukan telah menyuarakan minat agar MASwings menyediakan perkhidmatan ke Nunukan, Indonesia.
“Landasan di Nunukan sudah dipanjangkan daripada 1,200 ke 1,850 meter memadai untuk pesawat ATR MASwings dijangka siap sebelum akhir tahun ini," katanya.
Menurutnya, perhubungan mudah dan mobiliti akan meningkatkan pelancongan serta lebih banyak pelaburan.
Roselan berkata, ia akan mengurangkan jurang pembangunan antara negara anggota Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) BIMP-EAGA.
“Diharap Majlis Perniagaan BIMP-EAGA mahu MASwings terbang merentas Laut Sulu ke Zamboanga atau Puerto Princessa untuk melengkapkan hubungan udara dengan Sabah dan Sarawak,” katanya.
Maswings bakal sedia
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





