KUALA LUMPUR - Majalah terbaru terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Hijabista menjadi satu-satunya majalah fesyen berhijab sulung yang mengangkat imej wanita bersopan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, kewujudan majalah dengan gaya tersendiri ini akan mengubah corak fesyen wanita dan tidak mengabaikan tuntutan Islam dalam berpakaian.

“Jika sebelum ini sukar mencari majalah fesyen untuk wanita bertudung, kini kehadiran Hijabista bakal merubah segala-galanya.

“Apa yang penting, saya yakin dengan kehadiran Hijabista di pasaran bukan sahaja jadi permulaan dan pencetus trend berhijab di negara ini malah menjadi sumber rujukan penggemar trend berhijab di negara ini,” katanya semasa perasmian majalah ini di

Pentas Utama, Pesta Buku Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Timbalan Pengerusi Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah, Penerbit Eksekutif Grup Majalah dan Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin.

Mashitah berkata, setiap umat Islam perlu menjadikan cara pemakaian yang tidak membelakangkan ajaran agama sebagai satu medium yang penting untuk mengejar ketakwaan.

“Dalam berpakaian walau sekadar untuk menutup aurat dan kecantikan, paling penting ialah bersopan dan dapat membawa kepada ketakwaan.

“Penyerapan budaya dan nila murni Islam berjaya dilakukan secara perlahan-lahan oleh Karangkraf, menerusi medium pembacaan. Syabas diucapkan,” katanya.

Beliau berkata, Hijabista yang diterbitkan dalam bentuk ringan dan santai itu diyakini berjaya menambat hati pembaca.

“Apabila mereka terpikat, mudah untuk kita mendidik masyarakat supaya tidak mengamalkan sikap ekstrem atau melampau,” katanya.

Hijabista adalah majalah ke-29 terbitan Karangkraf dan telah berada di pasaran sejak 17 April lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Ringgit kekal dalam aliran harga meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (US) pada pembukaan pagi ini, susulan minat belian berkekalan ke atas unit tempatan itu, kata peniaga.
  • KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini susulan sentimen positif ke atas nota tempatan, didorong oleh lebihan dagangan yang kukuh selain unjuran kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia tahun ini.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbangan Asean terkemuka di Indonesia pada majlis Indonesia Travel Tourism Awards (ITTA) 2017/18.
  • KUALA LUMPUR - Usaha sama antara pembuat kereta tempatan, Proton, dan syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely), akan memanfaatkan vendor syarikat berkenaan yang ketika ini berjumlah lebih 230 syarikat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
  • KUALA LUMPUR - Para pemegang saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) bakal menikmati 'durian runtuh' selepas syarikat utiliti itu mengumumkan pembayaran dividen mencecah rekod tertinggi sebanyak RM3.5 bilion untuk 2017.