$entry.content.caption.value
Malaysia Airlines (MAS) kini meningkatkan kandungan pilihan lagu, filem dan program televisyen dalam penerbangan semua pesawat Boeing 737-800, 777-200, 747-400 dan Airbus 330-300 dalam kumpulan pesawatnya.
Dalam satu kenyataannya, MAS berkata bermula tahun ini, syarikat akan meningkatkan kandungan hiburan dalam penerbangan (IFE) sebanyak 100 peratus bagi filem Hollywood, iaitu daripada 30 hingga 60 pilihan, pilihan cakera padat audio daripada 200 sehingga 400, tambahan 80 peratus bagi kandungan TV daripada 94 sehingga 170 program dan 50 peratus untuk filem antarabangsa daripada 24 sehingga 36 filem.
Ketua pengalaman pelanggannya, Datuk Mohd Salleh Ahmad Tabrani berkata, syarikat penerbangan itu sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman dalam penerbangan dan menawarkan lebih banyak pilihan.
“Mereka kini boleh memilih sehingga 60 filem Hollywood, dua kali ganda daripada jumlah yang ditawarkan semasa IFE pertama kali dipasang,” katanya.





