MAS laksana peraturan baru bagasi kabin
MAS

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) melantik Rozman Omar sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) berkuat kuasa mulai 14 Februari 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan hari ini berkata Rozman, 50, akan menyertai pasukan kepimpinan MAS susulan peletakan jawatan CFO sebelumnya pada akhir tahun lepas.

"Kami percaya pengalaman dan input kewangan profesional beliau akan bernilai kepada usaha kami untuk melaksanakan Pelan Perniagaan ke arah keuntungan bagi kumpulan kami," katanya.

Sebelum menyertai MAS, Rozman berkhidmat bersama AirAsia Group.

Rozman memiliki pengalaman luas dalam kewangan korporat dan nasihat projek dan merupakan ahli felo Persatuan Akauntan Bertauliah. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.