MALINDO Air telah menerima sijil keanggotaan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Sebelum itu, Malindo Air telah diperakui oleh Audit Keselamatan Operasi IATA, yang merupakan sistem penilaian yang diterima dan diiktiraf di peringkat antarabangsa yang direka bagi menilai pengurusan operasi dan sistem kawalan  sesebuah syarikat penerbangan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Muthy berkata Malindo Air akan mewujudkan nilai-nilai yang lebih baik dan membuat lebih banyak pencapaian dengan menjadi anggota IATA.

"Kami mahu terus meletakkan diri kami setanding dengan standard penerbangan antarabangsa dan kami berharap untuk maju bersama-sama dengan rakan-rakan industri kami," katanya.

Dengan keanggotaan terbaharu ini, IATA sekarang mempunyai sebanyak 274 anggota dari 117 negara. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALINDO Air telah berkerjasama dengan All Nippon Airways (ANA), satu-satunya syarikat penerbangan bertaraf lima bintang dan terbesar di Jepun, bagi menawarkan penumpang, sambungan yang lebih besar dan lancar merentasi ASEAN dan lebih daripada 200 laluan rangkaian di bawah syarikat berkenaan.
  • MALINDO Air melancarkan laluan penerbangan baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi, dengan singgahan sejam di Ahmedabad, India.
  • MALINDO Air, meluaskan rangkaian antarabangsanya, akan melancarkan perkhidmatan antara Kuala Lumpur dan Phuket, Thailand, empat kali seminggu pada 10 November.
  • MALINDO Air melancarkan perkhidmatan harian baharu antara Kuala Lumpur dan Taipei hari ini, penerbangan pertama yang menghubungkannya ke Taiwan, menjadikan jumlah rangkaian laluannya ke 41 destinasi di 14 negara.