MALAYSIA Airlines mengesahkan syarikat telah memuktamadkan tempahan 25 pesawat Boeing 737 dengan pilihan untuk menambah pesawat mengikut kesesuaian persekitaran operasinya.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata, ia akan terus menilai dengan teliti semua pilihan yang ada untuk memastikan pembelian bersesuaian dengan perniagaan dan operasi.

"Ini perlu dan selaras dengan langkah pengurusan kumpulan pesawat yang berhemat dan usaha pengawalan kos di seluruh kumpulan," katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu berkata demikian sebagai respons kepada laporan media dan kenyataan mengenai pelan bagi kumpulan pesawatnya, termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Boeing baru-baru ini.

MoU baru-baru ini tersebut bagi potensi menambah lapan pesawat dua lorong Dreamliner Boeing 787-9 dalam kumpulan pesawat syarikat mulai suku ketiga 2019 bagi meningkatkan keupayaan kumpulan pesawat dua lorong syarikat penerbangan itu dan memberikan kualiti yang tinggi pada laluan paling menguntungkannya.

Pembiayaan bagi semua pesawat itu telah dirancang mengikut pajakan semula operasi dan jual atau pajakan operasi, katanya.

Malaysia Airlines kini mempunyai 54 pesawat 737-800 dengan 48 beroperasi manakala enam pesawat diserahkan semula kepada pemajak pada Disember 2017 dan kini sedang menjalani program penyelenggaraan pulangan pajakan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALAYSIA Airlines Bhd sekali lagi memperoleh peneraju baharu yang akan membantu mengemudi syarikat penerbangan itu meraih keuntungan dengan pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) baharunya.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Peter Bellew, berkata tidak ada campur tangan daripada sesiapa ketika beliau menjalankan tugasnya di MAS, namun beliau akan berpindah ke Ryanair kerana cintakan tanah air yang memanggilnya pulang ke Ireland.
  • KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa ia (Khazanah) campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.
  • SYARIKAT penerbangan negara, Malaysia Airlines telah melancarkan platform e-dagangnya, Temptations, bagi meningkatkan kemudahan dan membantu perkhidmatan pratempahan untuk penumpang.
  • PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) Peter Bellew telah menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai semula syarikat penerbangan tambang rendah dari Ireland, Ryanair Ltd.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.