LG Electronics (LG) akan memperkenalkan rangkaian produk audio premium pintar dalam Pameran Pengguna Elektronik (CES) 2018, yang berlangsung 9 hingga 12 Januari ini di Las Vegas, Nevada.

Ketua Bahagian Perniagaan Video dan Audio LG, Seo Young Jae berkata, barisan produk audio itu merangkumi pembesar suara mudah alih, pembesar suara parti, LG ThinQ Speaker dan LG SK10Y yang bakal mencuri tumpuan ramai sepanjang pameran berlangsung.

"Teknologi bunyi semakin berkembang sejak LG memperkenalkan radio pertama kepada pengguna Korea lebih 60 tahun lalu.

"Dalam CES tahun ini, saya yakin pengunjung akan kagum apabila melihat teknologi yang kami perkenalkan dengan barisan produk audio LG tanpa menjejaskan kualiti bunyi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JAM tangan pintar dengan gaya mewah, LG Watch Style, telah tiris di laman web.
  • LG Electronics (LG) memperkenalkan TV LG Oled B6, iaitu satu edisi baharu bagi jenis TV Oled yang menepati piawaian Dolby Vision dan HDR10.
  • LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG Malaysia) optimis mengekalkan pertumbuhan jualan dua angka tahun ini, didorong pengenalan tiga rangkaian produk inovasi terbaharunya.
  • LG G5 ialah peranti pintar komersial pertama dengan rekaan modular. Modul mengambil gambar ataupun idea boleh ditukar ganti mengikut kehendak pemilik.