Havis Kwon
LG berhasrat mengekalkan keuntungan pertumbuhan dengan memanfaatkan teknologi terkini berdasarkan potensi penuh dan mencipta persekitaran, sekali gus menunjukkan kelajuan dan inovasi sebagai kepentingan perniagaan televisyen mudah alih.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LG Home Entertainment Company, Havis Kwon berkata, pengeluar Korea telah mengekalkan peranan kepimpinan dalam pasaran televisyen menerusi panel rata.
Menurutnya bagaimanapun, generasi televisyen akan datang bukan sahaja dari Korea dan Jepun tetapi mungkin dari pasaran membangun seperti China.
“LG mempunyai mekanisme tersendiri mencapai posisi tertinggi bagi pasaran televisyen global dengan mencipta momentum baru untuk pertumbuhan keuntungan dengan cara agresif menerusi OLED TV serta menetapkan penanda aras baru melalui produk televisyen pintar 3D.
“Dari segi keupayaan pengeluaran, syarikat bercadang mewujudkan asas lebih kuat daripada pesaingnya menerusi pelaburan dan pembangunan lebih besar dalam perkongsian bersama paparan LG,” katanya.
Menurutnya, menerusi integrasi menegak strategik, LG mampu menangani cabaran walaupun berlaku perubahan pesat dalam teknologi dan struktur industri.




