SAMSUNG Galaxy Note 8 telah pun dilancarkan secara rasmi dan pihak Samsung telah mengesahkan ia boleh di negara ini bermula 5 September.

Di Malaysia, Galaxy Note 8 akan dijual pada harga RM3999. Bagi mereka yang membuat pra-tempahan awal, terdapat sejumlah ganjaran ditawarkan, antaranya rebat tunai sebanyak RM321, perlindungan tambahan Samsung, sebuah powerbank dan juga pelindung skrin.

Samsung Galaxy Note 8 hadir dengan skrin Infinity Display, dwi-kamera belakang, dan menawarkan S-Pen untuk memudahkan catatan anda.