Lebar sayap ke Jepun
$entry.content.caption.value

SME Bank, JFC Micro bantu perkasakan usahawan

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) berhasrat meningkatkan sumbangan pembiayaan bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, kepada 8 peratus tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, tahun lalu, SME bank menyalurkan RM1.7 bilion pembiayaan melibatkan 1,700 sehingga 2,000 syarikat PKS berbanding RM800 juta pada tahun 2010.

Menurutnya, sejak 2005, SME Bank telah meluluskan kira-kira 7,546 pembiayaan berjumlah RM13.6 bilion.

Sejajar menyokong per­kembangan PKS tempatan dan luar negara, SME Bank memeterai perjanjian persefahaman bersama Perbadanan Kewangan Perniagaan Mikro dan unit Individu (JFC Micro).

“Menerusi kerjasama teknikal itu, ia dijangka meningkatkan analisis kredit dengan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk bertukar-tukar maklumat dan kepakaran.

“Selain itu, ia turut memberi ruang kepada usahawan tempatan melebarkan sayap perniagaan di antara dua negara,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan agensi kewangan kerajaan Jepun, JFC Micro, di Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Radzif berkata, hubungan dua hala di antara dua negara itu telah terjalin sejak 1999 dengan pemberian dana oleh Jepun, yang telah memberikan manfaat kepada 1,200 usahawan tempatan dengan jumlah pembiayaan terkumpul menghampiri RM2 bilion.

Beliau berkata, dana tersebut disalurkan kepada beberapa sektor termasuk 32 peratus dalam sektor pembua­tan, 29 peratus pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi dan 10 peratus dalam pendidikan.

“Daripada jumlah kese­luruhan sektor itu, pembuatan adalah sektor yang berpotensi untuk berkembang menerusi hubungan dua hala ini,” katanya.
 


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.