FORTINET, peneraju global dalam penyelesaian keselamatan siber yang luas dan bersepadu, mengumumkan bahawa ia telah merasmikan perkongsian ancaman dengan Interpol.

Pakar Strategis Keselamatan dan Rangkaian untuk Fortinet Asia Pasifik, Gavin Chow berkata, matlamat perjanjian tersebut adalah untuk memerangi jenayah siber secara proaktif juga ancaman terhadap privasi global dengan perkongsian maklumat ancaman yang dijana oleh pasukan penyelidikan ancaman global Fortinet FotiGuard Labs.

“Organisasi terus berjuang melawan ancaman yang semakin berkembang, di mana perluasan permukaan serangan dan kekurangan kemahiran keselamatan yang semakin meningkat.

“Penguatkuasaan undang-undang, khususnya, boleh dihalang oleh hakikat bahawa jenayah siber sering melintasi sempadan politik dan bidang kuasa,” katanya.

Beralih dari reaktif kepada proaktif

Jelasnya, perisikan ancaman yang boleh diambil dengan penglihatan global adalah cara terbaik untuk beralih dari reaktif kepada proaktif dalam dunia di mana jenayah siber tidak mempunyai sempadan.

“Tiada organisasi tunggal yang mempunyai pandangan lengkap ke dalam landskap keselamatan, oleh sebab itu, ancaman perkongsian maklumat dan kolaborasi antara organisasi awam dan swasta adalah kritikal,” katanya.

Fortinet menjadi ahli aktif kumpulan kerja pakar dalam Interpol selama lebih dari dua tahun, memberikan kecerdasan ancaman siber yang telah membantu menemui dan mengenal pasti pelbagai operasi jenayah siber.

Pada 2017 Gavin Chow berkata, Fortinet merupakan salah satu daripada beberapa syarikat sektor swasta yang memberi sokongan kepada operasi diterajui oleh Interpol yang menyasarkan jenayah siber di seluruh rantau Asean, mengakibatkan pengenalan hampir 9,000 pelayan arahan dan kawalan serta ratusan laman web yang di kompromi, termasuk portal kerajaan.

“Sebelum ini, dengan kerjasama maklumat ancaman di antara Interpol dengan rakan kongsi sektor swasta yang lain, Fortinet turut membantu membongkar sekumpulan penipu dalam talian di sebalik ribuan penipuan dalam talian yang berjumlah lebih daripada AS$60 juta yang melibatkan beratus-ratus mangsa di seluruh dunia,” katanya.

Penguatkuasaan undang-undang ada akses perisikan

Sementara itu, Silvino Schlickmann Jr yang bertindak sebagai pengarah eksekutif berkata, Interpol Global Complex for Innovation, penguatkuasaan terhadap jenayah siber tidak boleh diselesaikan secara sepihak oleh penguatkuasa undang-undang sahaja, tetapi merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan hubungan yang baik dengan sektor swasta.

Beliau menegaskan, perjanjian baharu dengan Fortinet ini akan memastikan penguatkuasaan undang-undang mempunyai akses kepada perisikan ancaman paling komprehensif yang diperlukan untuk mengambil tindakan berkesan terhadap jenayah siber.

“Melalui kerjasama ini, Fortinet akan terlibat dalam taklimat operasi di Interpol dan sebaliknya. Pakar risikan ancaman dari Fortinet akan ditugaskan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar di Interpol Global Complex for Innovation (IGCI), bagi membantu memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai landskap ancaman semasa seterusnya membantu pasukan Interpol dan penguatkuasa undang-undang menggunakan maklumat tersebut untuk mengelakkan risiko keselamatan dan privasi.

“Walaupun, perjanjian ini merasmikan kerjasama antara Fortinet dan Interpol, kedua-dua organisasi itu telah bekerjasama selama lebih dari dua tahun,” katanya.