Pengendali seminar bimbingan usahawan, Richworks Human Capital Development (M) Sdn Bhd, optimis melahirkan 10,000 usahawan Muslim menjelang 2015 melalui penganjuran seminar bimbingan usahawan dan pemasaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azizan Osman berkata, pihaknya telah mengenal pasti kelemahan strategi pemasaran sebagai masalah utama yang dihadapi pengusaha kecil dan sederhana.

“Pemasaran adalah penting. Ia senang jika menggunakan saluran yang betul,” katanya.

Menurutnya, seramai 14,700 peserta telah mendaftar bagi menghadiri Seminar Marketing Power 2012 yang diadakan di tujuh lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Melaka, Shah Alam, Pulau Pinang dan Kota Bharu sepanjang Februari dan Mac.

Memasuki tahun ketiga penganjurannya, pihaknya dapat menarik 2,500 penyertaan bagi seminar pemasaran lanjutan, Advanced Marketing Power, yang akan diadakan pada 30 Mac hingga 1 April di Kuala Lumpur.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.