KONTRAK hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif tidak didagangkan pada sesi pagi hari ini.

Pada jam 9.35 pagi, bulan semerta Oktober 2018, November 2018, Disember 2018 dan Januari 2019 kesemuanya tidak berubah, masing-masing pada RM164, RM164.30, RM164.70 dan RM164.80 segram.

Jumlah dagangan adalah sifar manakala kepentingan terbuka berjumlah 33 kontrak.

Pada jam 9.30 pagi, harga fizikal emas susut 12 sen pada RM158.34 segram. - Bernama