PUTRAJAYA - Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan untuk meminta Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) melupuskan syarikat-syarikat yang dianggap bukan teras, untuk ditadbir dan diserah milik kepada syarikat Bumiputera menerusi proses tender terbuka.
Najib berkata, setakat ini lima syarikat dari Khazanah dan lima dari PNB sudah dikenal pasti untuk tujuan pelupusan itu. - Bernama
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





