KUMPULAN Bank Rakyat (Bank Rakyat) mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2017 sebanyak 6.38 peratus kepada RM958 juta, berbanding RM900 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan, Bank Rakyat berkata, ia didorong pertumbuhan pendapatan teras yang kukuh terutamanya daripada pembiayaan runcit dan aktiviti perbendaharaan. 

Menurutnya, keuntungan bersih kumpulan meningkat 10.48 peratus kepada RM884 juta berbanding RM800 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Pendapatan teras meningkat kepada RM3.13 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2017, berbanding RM2.96 bilion sebelum ini, meningkat  sebanyak 5.42 peratus atau RM160.58 juta, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pembiayaan peribadi dan perumahan,” katanya.

Menurutnya, jumlah aset kumpulan meningkat 7.59 peratus kepada RM104.26 bilion berbanding RM96.91 bilion pada tempoh sama tahun lalu. 

“Bagi separuh tahun pertama 2017, kumpulan juga merekodkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 5.5 peratus bagi pembiayaan kasar daripada RM66.70 bilion kepada RM70.37 bilion, disumbangkan pertumbuhan dalam sektor runcit. 

“Pembiayaan runcit meningkat sebanyak 6.18 peratus kepada RM64.97 bilion berbanding RM61.19 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu,” ujarnya.

Katanya, jumlah deposit kumpulan meningkat sebanyak 7.96 peratus atau RM6.06 bilion kepada RM82.19 bilion berbanding RM76.13 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANK Rakyat memperuntukkan pembiayaan berjumlah RM60 juta bagi membantu golongan Bumiputera menyambung pengajian ke peringkat berkemahiran tinggi, di bawah Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi (Ship), menerusi Pembiayaan Pendidikan i-Bank Rakyat.
  • BANK Rakyat fokus menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) untuk mendekati masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan kepada institusi kewangan itu.
  • SERAMAI 1,482 warga kerja Bank Rakyat melafazkan Ikrar Bebas Rasuah bagi membuktikan komitmen memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran dan urusan perbankan.
  • KELAB Nuri Bank Rakyat (Kelab Nuri) tampil dengan pelbagai pembaharuan pada tahun ke-10 penubuhan kelab tersebut dan menyasarkan sebanyak 1.2 juta ahlinya sehingga Oktober 2018.