Bank-bank pusat Malaysia dan Thailand akan meraih manfaat daripada perjanjian pembelian semula rentas sempadan yang ditandatangani dalam satu memorandum persefahaman pada Khamis lalu.

Moody’s Investors Service berkata, persetujuan itu positif daripada sudut kredit bagi bank-bank yang beroperasi di kedua-dua negara kerana ia memperkukuh kedudukan mudah tunai masing-masing memandangkan ia memberi alternatif untuk mendapatkan pembiayaan ringgit Malaysia dan baht Thailand apabila perlu.

Melalui persetujuan itu, institusi kewangan yang layak, yang beroperasi di Malaysia boleh mendapatkan mudah tunai dalam ringgit daripada Bank Negara Malaysia dengan mencagarkan baht atau sekuriti kerajaan dan bank pusat dalam nilai baht sebagai sandaran, atau sebaliknya, bagi institusi kewangan yang beroperasi di Thailand.

Firma penarafan kredit, penyelidikan dan analisis risiko itu berkata, CIMB Bank Bhd dan RHB Bank Bhd akan meraih manfaat daripada persetujuan ini kerana kedua-duanya mempunyai operasi yang besar di Thailand.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.