TAHUN lalu, kehebatan kereta elektrik, Dendrobium, buatan Vanda Electrics menjadi bualan ramai. 

Kenderaan elektrik pertama keluaran Singapura ini, dikatakan mampu mencecah kelajuan maksimum 400 kilometer sejam dan dilengkapi motor elektrik dengan 1,500 kuasa kuda. Malah kehebatannya turut dipamerkan ketika Pameran Kereta Geneva baru-baru ini.

Rekaan dan spesifikasi sudah banyak berubah berbanding konsep yang diperlihatkan tahun lalu. Kelajuannya maksimumnya dihadkan kepada 320 kilometer sejam. Sementara maklumat mengenai motor elektrik serta kapasiti bateri yang digunakan tidak pula didedahkan.

Rekaan kenderaan masih lagi agresif dan futuristik dengan penggunaan Suicide Door yang terbuka ke atas. 

Bagaimanapun, pihak Vanda Electrics berkata, hanya 10 Dendrobium akan dihasilkan apabila ia mula dijual pada tahun 2020 kelak.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SINGAPURA hari ini secara rasminya memperkenalkan kereta elektrik yang canggih dari segi teknologi, Vanda Dendrobium di Pertunjukan Kereta Geneva.
  • NAMA Tesla dalam kenderaan elektrik sememangnya tidak asing lagi. Diterajui Elon Musk, jenama ini sudah tersohor di seluruh dunia, bahkan banyak digunakan di negara Asia.
  • KEBIASAANNYA sarung penutup kereta yang kerap digunakan bagi melindungi panas terik matahari, berwarna gelap seperti hitam atau kelabu.
  • INDUSTRI kereta Malaysia merekodkan paras jualan kenderaan (TIV) yang tertinggi berjumlah 666,674 unit dalam 2015, mengatasi rekod tahun lepas sebanyak 666,487, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).