MEMAHAMI bertapa pentingnya golongan remaja yang sedang memalui proses akil baligh dibekalkan pengetahuan tentang penjagaan diri yang baik, Nivea tampil berkongsi pengetahuan berkenaan menerusi kempen ‘Penjagaan Diri Terbaik’.

Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan berkata, semasa melalui frasa akil baligh, remaja melalui banyak perubahan dan dari segi emosi dan fizikal.

Katanya, antara perubahan yang turut berlaku adalah peluh berlebihan yang berpunca daripada kelenjar apokrin di bawah lengan yang mana boleh menyebabkan masalah bau badan apabila peluh bergabung dengan bakteria pada kulit.

"Ada sesetengah remaja tidak sedar masalah bau badan ini dan menyebabkan orang di sekeliling berasa tidak selesa.

"Justeru, kempen merupakan inisiatif jangka panjang yang membabitkan sebuah pasukan khas ini akan melawat sekolah menengah di bandar-bandar utama Malaysia.

"Dalam setiap lawatan, mereka akan berkongsi sesi ceramah selama 45 minit meliputi aspek-aspek utama kebersihan diri termasuklah penjagaan bahagian bawah lengan dan dandanan diri khususnya kepada pelajar yang sedang mengalami perubahan akil baligh," katanya.

Menurutnya, pelajar-pelajar yang menyertai ceramah di sekolah-sekolah juga berpeluang mencuba deodoran Nivea yang memberikan perlindungan 48 jam.

Tambahnya, untuk memberikan pelajar peluang lebih melibatkan diri dalam ini, kempen ini turut memiliki lagu tersendiri bertajuk ‘Langkah Berkeyakinan’ yang dinyanyikan Khai Bahar dan Nabila Razali.

"Lagu yang disampaikan secara interaktif ini bertujuan mendidik pelajar tentang penjagaan diri dan bahagian bawah lengan," katanya.

Mengulas lanjut Hock Guan berkata, para pelajar boleh menyertai kempen ini dengan mengambil bahagian dalam pertandingan muzik video ‘Penjagaan Diri Terbaik’ Nivea dan berkongsi video mereka di platform digital seperti Facebook dan Instagram.

"Mereka hanya perlu muat naik video ‘Langkah Berkeyakinan’ Nivea mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti Musical.ly, Tik Tok and Smule, dan kongsikannya di akaun media sosial mereka menggunakan hashtag #myNIVEA dan #LangkahBerkeyakinan," katanya.

Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/mynivea/ dan www.facebook.com/myniveamen/.