LINK and Build Business, kini menawarkan kelas dalam talian kepada usahawan perniagaan digital.

Pembangunan web e-dagangnya, Rustam Rizalman Ghazalli berkata, kelas online itu diadakan setiap hari menerusi laman web yang disediakan.

"Platform ini adalah cara menjadi usahawan ke arah perniagaan digital tanpa had.

"Setakat ini, kami mendapat sambutan yang baik di Malaysia dan juga Brunei serta Singapura," katanya.

Menurutnya, kelas online ini didatangkan dalam bahasa Melayu selama  24 jam setiap hari yang akan memberi tunjuk ajar kenapa perlunya web perniagaan digital yang lebih meyakinkan pembeli seluruh dunia.

"Antara yang dipelajari adalah teknik asas web, pengendalian web secara menyeluruh, teknik pemasaran sosial media secara advertorial, penjenamaan produk dengan TradeMark MyIpo asas dan mulakan dengan web dan pemasaran melalui sosial media," katanya yang menawarkan harga promosi untuk 1,000 peserta pertama pada bulan ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :